Wednesday, July 6, 2011

Jurujual-jangan la sengal sangat

Kes 1

Kelmarin masa aku ke PAS untuk cari mic/headphone, macam-macam jenis kitorang jumpa. Dari Sony celup, cap ayam, sampai la ke yang super mahal beratus-ratus.

Mengenangkan MrHubby & aku ni jenis yang buta IT dan rabun teknologi, kitorang pun belek punya belek... dan tanya kat mamat yang jual tu.

MrHubby: Bang, apa beza yang ni dengan yang ni?

Jurujual: Jap ye. (bawa barang tu gi tanya kat pekerja lain) Yang ni HW410, yang ni HW420.



MrHubby: *mumbling* Takat jawab macam tu, aku pun boleh baca sendiri. Kau ingat aku buta huruf ke? Kau kelentong la sikit yang ni boleh 3D ke hapa ke.

Aku: Baik dia cakap 'beza muka pompuan depan ni, bang. Sorang brunette, sorang blonde.' Ntah apa-apa je diorang ni.

Tak membantu langsung!
Sudahnya kitorang beli cap itik je (kasta rendah sikit drp cap ayam). Hahaha



Kes 2

Masih berkisar tentang ilmu teknologi. Aku nak beli bluetooth, masa tu zaman bluetooth tak built-in lagi dalam laptop.

Korang tau la kalo gi LowYat tu betapa rambang mata dan naik biol memilih kan? Dah jenuh sangat membelek, aku tanya jurujual tu...




Aku: Dik, apa beza yang ni (A) dengan yang ni (B) ye?

Jurujual: *membelek bungkusan* Mmmm... yang ni 100F.T, yang ni takde.

Nak berasap kepala pun ada, nak gelak guling-guling pun ada. Kot ye pun sengal sangat, kau jangan la sebut FT. Sebut la 'feet'.
Dah la jawapan tu menunjukkan kau tak tau pun 100ft tu adalah jarak untuk bluetooth tu detect signal. Grrr....

Aku tau la yang jadi sales/ shop assistant ni kadang-kadang memang bukan bidang diorang, atau maybe tak perlu kelulusan tinggi. Tapi at least kalo dah kau jual barang tu, make sure la kau tau sikit details apakebendenye....


Kes 3

Masa winter dulu, aku suka isi air panas dalam Hot water bottle. Selain letak kat kaki, kadang-kadang aku baring atau hug hot water bottle tu.
So, last 2 years kot... aku gi Guardian ke Watsons ntah, aku cari la. Ye la, benda alah tu mesti ada jual kat farmasi macam tu kan? Dah tak jumpa, aku pun tanya adik tu...



Aku: Dik, hot water bottle ada jual sini tak?

Jurujual: Hah?

Aku: Hot water bottle. Yang buat isi air panas tu.

Jurujual: Err... yang ni je kita ada kak? *aku ikut dia berjalan ke shelf lain

Jurujual: Yang ni je kak. (dia tunjukkan mineral water yang disusun berlambak-lambak)

Aku: Erkkk? *nak tergelak* Takpe la, dik.

Jurujual: Tak pun, yang ni la kak. *hati aku berbunga-bunga kembali*

... Dan kali ni dia tunjukkan aku fridge yang berisi air tin/air kotak/air mineral.
Haihhhh...

Aku wonder la jugak, kat Malaysia ni orang panggil benda tu apa? Tapi bila aku Google Image, kuar gambar ni je semua.


Kepada jurujual sekalian, can u pls equip yourself with the knowledge of the products you have in your store? Cer korang jadi macam Alex & Adeline- cina yang jual henpon kat Plaza Masalam tu. Giler terer...

9 comments:

  1. tapi alex tu byk tipu la...
    citer cambest je...

    ReplyDelete
  2. skg ni kita plak yg kena byk tau kalau nak beli gadget2 ni..kalau dpt jurujual yg xtau ni pon payah..kalau yg byk tau sgt dan tipu kita plak nnt pon payah..hahaha.. :p

    -zeta-

    ReplyDelete
  3. yang last tu , aku panggil beg plastik air panas :p hehehehe

    ReplyDelete
  4. husband ko pegi jepun kan..mintak la dia carikkan bekas air panas tu kat sana..ada jual rasanya..

    mmg jurujual sekarang ni jenis takde pengetahuan pasal apa yg dia jual.. teruk betul..lagi2 kalau kat lowyat tu..

    ReplyDelete
  5. ohh gelakkan orang... cer orang gelakkan kamoo.. :P wekk

    ReplyDelete
  6. sadis betul kejadian2 tersebut. x tahu nak ckp apa

    ReplyDelete
  7. hahahah part hot water tu yg tak bleh blah. kesian laa budak tu. :p

    ReplyDelete
  8. mm ada ja kt guardian @ watsons 2.. apa ke bangang sgt sales person 2? btau ja hot rubber tube! x phm jgk.. srh ja dia benti keja... nyusahkan org

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat